About Me

Monday, January 24, 2011

Report of sunrise @ broga n tokwan- tribute to kamloi





Date : 15/01/2011
Line up Kamloi Clan:
Dr zaid mohamad@sukarno ~ Altimet futty zagorakis ~ Arif sukarno ~ Nadea sukarno ~ Nurril ain ~ Najwa shahima ~ Nurliyana ~ Izza rosli ~ Farah nasuha ~ Mell ramdan ~ Eka ~ Syaza ~ Sern ~ Ma ~ Hanif morshidi ~ Fizal ~ Jai ~ Amir amzar ~ Haqimullah ~ Abdul hadi ~ Sayyidah sukainah ~ Lorenzo d pedro ~ Muhd fazly ayub ~ Deris ~ Ah chong ~ Adek fazly ayub ~ Muhyiddin udah ~ Kacap ~ Nisa ~ Mc’lah ~ Awe ~ Anisa abd razak ~ Mior ~ Amin mantan president ~ Myra zukifli ~ Syamil ~ Kamilan ~ Fatin ~ Cha’a ~ Cik anes Othman ~ Soeb ~ Asrul afiq ~ Kwn syamil ~ Athirah ~ Ucop ~ Suhail ~ Salwan ~ Fatin ~ Daus ~ Omar ~ Amin(sifu) ~ Zaim ~ Akmal ~ Abir ~ Mahbub Kashmir ~ Nazri ~ Nizam ~ Zaki ~ Fakrul ~ Ammar ~ Afia ~ Nurul ~ Syasya ~ Asker ~ Kwn2 asker ~ Yasin ~ Kak anis um ~ Kakak panorama RTM,kak sakina ~ Kwn mantan president ~ fateem ~ radzi kimura ~ ( lebih kurang 72 orang )





Trip ketiga utk tahun baru ni selepas ‘Happy 2011 @ berkelah waterfall’. Trip yg mendapat sambutan yg agak menggalakkan ni telah disertai oleh 60++ participants dr luar dan dalam UIA. Kita juga berasa sgt gembira kerana trip kali ini disertai oleh Tuan Yang Dipertua  Dr. Zaid Mohamad@Sukarno. Seperti yg telah ditetapkan, tepat jam 3am org2 mukmin, semua peserta diminta berkumpul di tangga firaun ramses. Ke ‘punctual’an semua peserta terserlah apabila mereka tiba awal di lokasi yg ditetapkan. Proses registration telah diambil alih oleh Arif Sukarno kerana pic yg sepatutnya bertugas(Nurril) terpaksa melakukan tugas yg lebih penting iaitu menyediakan makanan berupa nasi lemak utk para peserta. Di saat-saat akhir, trip kali ini disertai oleh seorang peserta foreigner yg secare tibe2 terbuka hatinya utk menyertai kita iaitu Bro. Mahbob.


Setelah selesai sesi registration, konvoi dr UIA bergerak pd jam 4.15am menuju ke Petronas depan Zoo Negara yg menjadi tempat perkumpulan semua peserta dr luar UIA. Kami (Nurril, Lyana, Najwa) yg telah tertinggal di belakang cuba mengejar dengan jayanya tetapi hampa apabila direction guide yg telah diberikan oleh Arif Sukarno tlh gagal kami terima dengan sempurna. Akibatnya, kami terpaksa melalui tol 90sen tu sebanyak 3kali. Namun akhirnya, tepat jam 5.30am kami berjaya menjejaki peserta2 yg lain di Petronas simpang broga tu.


Selesai menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim, kami memulakan perjalanan menuju Broga Hill pd jam 7am. Hasrat utama trip kali ini utk menikmati view sunrise dirasakan tidak kesampaian. Namun, kami tetap meneruskan langkah dengan penuh semangat di dada. Apabila tiba di puncak yg pertama, bayang-bayang akhir sunrise still kelihatan. Dengan itu tertunailah keinginan kami itu.

Tepat jam 9am kami tiba di Puncak Bukit Broga (400m). Semua peserta mengambil angin di puncak bukit itu sambil duduk2 santai dan bergambar kenangan. Puncak bukit broga kelihatan agak sesak pd waktu itu dengan adanya manusia2 yg datangnya dr berlainan tempat dan berlainan bangsa. Setelah puas melepaskan lelah mendaki Broga Hill itu, kami memulakan semula pendakian menuju ke Gunung Tok Wan yg masih berbaki 3.1km.



Setelah melalui jalan2 yg penuh ranjau dan berliku, akhirnya semua peserta sampai ke puncak Gunung Tok Wan tepat 10.30am. Dr. Zaid bersama2 mell dan suha menjadi peserta terakhir sampai dan menerima sorakan dan tepukan yg gemuruh. Sambil makan2 hidangan nasi lemak, ayam goreng, kentang goreng dan biskut bersapu nutella dan tak dilupakan juga teh o panas, kami memulakan sesi taaruf. Ini kerana trip kali ini telah disertai oleh ahli2 kelab lomo dan pengacara program ‘PANORAMA’ di TV1 iaitu Cik Sakinah. Kemudian, kami mengambil seberapa banyak gambar kenangan utk trip kali ini. The FAMILY of ARCIIUM!!


Jam menunjukkan 11.30am dan kami semua bersiap sedia utk turun. Perjalanan turun ini dirasakan lebih mudah kerana kebanyakan laluan menuruni bukit. Dalam masa tak sampai sejam, kami tiba di puncak broga hill semula. Gambar2 sekali lagi dirakam supaya setiap saat yg berharga di atas bukit itu dpt terakam dgn molek nya. Pabila tiba trek utk menuruni broga hill, aksi sliding pun bermula. Terdapat juga peserta yg merakamkan aksi2 keterujaan mereka ketika melakukan aksi sliding tu. Wajah2 gembira jelas kelihatan. Sebahagian peserta juga menuruni broga hill dgn pantas sebenarnya dgn harapan dapat merealisasikan impian mereka utk menghirup air kelapa muda yg segar. Namun, semua impian mereka hancus berkecai tatkala melihat kedai air kelape tu dh tutup.


Tepat jam 1pm, semua peserta pulang ke tempat asal mereka. Dan ada di antara mereka yg bercadang utk pekena pecal lele sebelum pulang ke UIA terchenta.namun Tuan Yang Dipertua  Dr. Zaid telah mecadangkan satu kedai baru yang dikatakan 10kali ganda lebih sedap dari Wong Jowo.restoran cina muslim bernama sharin low.nasib memang sedap dan kimloi.ini adalah trip yg tersangat KAMLOI dan semua peserta yang tiba di puncak  memang  terKamloi O. Bentley dan layak  untuk menjadi ahli seumur hidup ARCIIUM!!!akhir kata macam biasa, on behalf of management board,kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi join aktiviti ARCIIUM.we live to deliver.shueeeeeehhhh.hahaha.


Reported by : Program Manager Nurril :lol:






notakaki kamloi : for more info please log on to http://www.arciium.com.cheers/ and have a nice day.nak gambar lawa pun boleh je google.banyak.mudah.haha

0 terjahan keras: