About Me

Sunday, February 6, 2011

Report Of CNY @ Mount Binteng









Tarikh keramat : 3/2/2011 – 5/2/2011
P.Manager : Kamiloi Karudin
Lokasi : Mount Binteng,Hutan Simpan G.Inas,Sedim,Kulim.Kedah Darul Naim.
Tema : Berilmu,Beriman,Beramal.(seimbang dunia akhirat...booster untuk ke sorga)
Ayat  paling kamloi : “aku control game”,by Tuan Terutama yahya
Line up
trekker taigang :

1.aafiv alhaq
2.abe
3.futty zagorakis
4.arep sukarno
5.pokcik
6.muhyidin
7.paah
8.izaidi lifeguard
9.yahya
10.kasyaf
11.matdie
12.amin kerious
13.yen 
14.kamilan
15.baem bmi
16.aizat muhammad
17.olim si library bergerak
18.tokya
19.kawan yen,tak ingat nama
20.nadea sukarno

21.kak pah
22.aliya
23.ecah kuantan
24.kak nani


25.jama
26.faris taekwondo
Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassola tu wassala mu 'ala asyrafil anbiyaai wal mursalin wa 'ala aalihi wa sahbihi ajma'in. Allahumma inna nas alukal 'aafiata min kulli baliyyah, wa nas aluka tamamal ghina 'anin naas. Allahumahabbib ilainal iman, wa zaiiyinhu fii qulubina wa karrih ilainal kufra fusuuqu wal 'isyan, waj'alnaa minarrasyidiin.

Wow.menariknya pembuka kata report kali ini!ini semua berkat dari trip spiritual journey 3 hari.menggapai BINTENG di hari raya cina.Alhamdulillah lagi sekali,trip ke-5 untuk semester ini telah berjalan dengan lancer dan berlangsung dengan jayanya.Trip reunion penuh bermakna,trip kasih-sayang,trip membuat keputusan antara dua,trip penyucian hati.memang lengkap semua-semualah.ahahahaha.

 

 Pukul 9 malam, 2 february adalah masa berkumpul yang telah ditetapkan oleh majlis syura karena mahu bertolak seawal jam 10.tapi mcm biasalah.kalau dah ARC tu,memang susah nak ubah perangai tu jadi lebih musleh.hahaha.PM Kamiloi adalah antara orang-orang yang terawal terpacak di tangga pengabdian Firaun Ramses.kelihatan kak nani dan beberapa budak yang join trip CNRC.Menariknya trip kali ini,waktu bertolak kami adalah lebih kurang dengan budak-bdak CNRC.lokasi pun sama iaitu sedim.Cuma bezanya,kami akan menawan Mount Binteng,manakala mereka akan meredah jeram ganas berwhite-water rafting.line-up kali ini adalah seramai 26 orang setelah ditambah,ditolak dengan org yang kensel,dan yang last2 minute ubah fikiran.tahniah diucapkan kepada Nadea Yusof,adik kepada Tuan Yahya kerana membuat keputusan bijak untuk join trip kali ini.lebih kurang pukul 12,ketika rakan-rakan berbangsa cina sibuk makan besar dan layan yee sang,5 buah kereta(kete midin.kete aizat,kete baim,kete k.nani,kete kacap) meredah keheningan malam diiringi dengan ledakan bunga api sebagai background.memang grand wa cakap lu!! 18 orang berkonvoi ke next stop mcm byaso : RnR Tapah. yang lain akan berjumpa di sana terus iaitu pokcik,matdie,paah,zaidi,yen,kawan yen.

 

Terdapat sedikit  kekalutan berlaku sepanjang perjalanan.oleh kerana kacap pernah ke sana,kereta Lamborghini waja beliau telah dijadikan ikutan.banyak fatwa dikeluarkan tentang simpang mana harus diambil,sampai ada yang terlajak sampai ke jambatan pulau pinang.kereta yang tak berdisiplin seperti kereta midin sedari awal memutuskan untuk melalui Butterworth-kulim expressway.dah kalut-kalut sangat,diputuskan bahawa next pitstop adalah dibalai polis Sg Kamloi O. Bentley (Sg.Kob).Lebih kurang pukul 6.45 pagi,3hb semua peserta selamat tiba di Masjid Al-Falah, Qaryah (Kampung) Selarung Panjang, Karangan, Kedah. Lokasi memang cun sebab betul-betul sebelah masjid ada gerai kampong.makanan not bad,murah pun murah.sesudah solat subuh berjemaah,semua peserta mengalas perut di kedai itu,sambil menanti Pokcik Hot Stuff,Dewa kekayaan Matdie dan Boss Perjudian Underground Paah.

 

Setelah semua peserta tiba di entrance sedim,barang-barang mula diagihkan di cark park dan aktiviti packing pun dilakukan.kelihatan tokya mula membuat parauk apabila malas-malas taknak amik ration sorang sikit.tapi takpa,tuhan maha adil.memang nak kena tokya ni.hahahaha.lebih kurang 10.24 pagi,pendakian dimulakan melalui trek bersimen.pendakian free-body ini memakan masa lebih kurang 45 minit sebelum tiba ke  penghujung trek dan mula memasuki laluan offroad bekas jalan balak lama.perjalanan boleh dikategorikan sebagai menyampah dan menyiksa jiwa kerana perlu berjalan dan laluan itu kadang-kala mencanak 60 darjah.walaupun free-body,ketiak memang boleh basah layan trek itu.setelah berjalan lama,di penghujung trek kelihatan semua beg telah berlonggok disitu kerana telah diangkut dengan menggunakan pajero oleh matdie n paah.

 

Pendakian diteruskan melalui trek balak lama yang dah ditumbuhi hutan sekunder.menurut kata guide,perjalanan ke next stop iaitu kem air terjun memakan masa lebih kurang 2 jam.tetapi biasalah,team arc ka nada runner2 hebat.team pertama tiba di checkpoint itu dalam masa lebih kurang 1jam setengah.di kem air terjun,semua peserta berehat santai melayan pack lunch masing2 yang telah ditapau sebelum mendaki.ada yang merendam kaki di dalam air,tidak kurang juga yang meratakan air ke seluruh badan sambil berniat “Nawaitu raf- al hadasil akbari fardan alaiya lillahi taaala.” Hehehe paghok-paghok mereka ni.di campsite inilah baru tokya tersedar bahawa sepanjang perjalanan,beliau turut membawa bersama seketul batu besar di dalam beg.tahniah kepada tokya,anda memang chempiyen!

 

Setelah berehat ala kadar dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim(bak kata kak siti,dimana-mana pun berada..solat jangan tinggal),lebih kurang 2.30 petang,perjalanan diteruskan  ke camp-site seterusnya iaitu kem bunian.sepanjang perjalanan kelihatan banyak najis-najis tinggalan gajah.sedap kalau nak buat teh.berserat tinggi.hahaha.perjalanan memakan masa 2 jam setengah bagi mereka-meraka yang mempunya pace sebagai seorang runner.team pertama tiba seawal 4.47 petang,bak kata penjaga masa si nadea sukarno@yusof.peserta terakhir tiba lebih kurang pukul 7 petang,diiringi sorakan rakan-rakan yang memberi semangat.mcm biasa,campsite dimajukan oleh pemaju dan motto “orang tamak selalu untung” digunapakai untuk merebut port selesa.setelah selesai semua,ramai jga yang mengambil keputusan untuk khidmat diri di sungai yang memakan masa 5 minit menurun lereng.

 

Aktiviti malam dimulakan dengan dinner yang dikepalai oleh k.nani sebagai ketua chef.menu memang masyuk : nasi + Cendawan goreng tepung +  sayur goreng + ayam masak kari ala rajastan + teh O.memang terbaik dari ladang layan kari time sejuk-sejuk.selesai semua makan,sesi taaruf hendak dijalankan.tetapi disebabkan keadaan tak mengizinkan,PM memutuskan utk membuat sesi taaruf pada esok malamnya.malam ni semua pakat nak tido awal layan sejuk tengok binteng.ada juga yang tido lambat,main kad sambil layan teh tarik.ferghhhhh.terangkat!

 

Keesokan harinya,4hb semua bangun awal solat subuh.chef2 mula sibuk menyediakan sarapan pagi.yang lain mula membuka fly,melipat ground.semua berkemas awal kerana tentatifnya,semua akan free-body naik ke puncak,then terus shoot ke bawah.dari kem bunian ke puncak memakan masa lebih kurang sejam setengah.pendakian dimulakan dengan sarapan bihun goreng + papadom + teh o panas.pack lunch juga telah dimasak awal sebagai bekalan untuk turun nanti.lebih kurang pukul 10.15 pagi,semua peserta bergerak menuju puncak gemilang cahaya.sebelum tiba ke puncak,ada 2 puncak tipu iaitu taman bonsai dan puncak bintang kecil.lebih kurang pukul 1145 pagi,semua peserta selamat tiba ke puncak mount binteng.setelah menjamah sedikit makanan yang dibawa dan bergambar sakan riang ria,semua peserta dikejutkan dengan buah tangan mantan presiden Tuan Terutama Al-Yahya,Raja Control Game.semua dapat ferrero rocher seketul sorang,kecuali toya yang buat style tamak,amek 2 ketul.dah makan seketul,amek lagi terus letak dalam mulut baru offer kat sapa-sapa yang tak dapat lagi.memang keji perangai beliau.hahaha.PM kemudiannya membuat kejutan terbesar,apabila mengumumkan akan member angpow kepada semua peserta yang menyertai ekspedisi kali ini.upacara pemberian angpow telah disempurnakan oleh Mr.P on behalf of ARCIIUM.semua peserta ternyata teruja dan gembira sekali apabila menerima angpow masing-masing,termasuklah Dewa Kekayaan Mutlak,Matdie.

Pukul 1230 tgh hari,perjalanan turun dari puncak dimulakan untuk ke kem bunian semula.setibanya di camp-site,semua peserta berkemas-kemas untuk perjalanan turun.lebih kurang pukul 1.45 petang,camp-site mula dikosongkan untuk member ruang kepada pendaki-pendaki lain yang baru tiba utk mendirikan khemah mereka.perjalanan turun boleh dikatagorikan sebagai santai dan “take your own time”.semua target nak sampai kem air terjun dan lunch sambil mandi-manda disitu.kemudian terus shoot ke bawah.peserta yang tiba awal terus menyerbu gerai-gerai kecil dibawah sebelum meneruskan aktiviti dengan bertiruk-tirukan dibawah jambatan sg.sedim.nak kasi mudah cerita,semua peserta selamat tiba di parking hutan lipur sedim sebelum malam,dengan yang terakhir tiba adalah team pajero yang gigih membawa turun beg para peserta.

 

Malam itu,kami bermalam di dewan serbaguna yang ada disitu dan semua  melakukan aktiviti khidmat diri di sungai,dan melakukan pelaburan bijak kerana kewujudan air yang melimpah ruah.setelah selesai,kami menunggu makan malam yang disediakan gadis-gadis.menu makan malam adalah nasi putih + ayam masak black pepper pedas + tomyam vegetarian + telur dadar + papadom + teh o panas.aktiviti taaruf dijalankan selepas makan malam untuk mengenali dengan lebih dalam hati budi dan latar belakang para peserta.banyak soal-jawab yang berlaku dan info-info tambahan seperti mengapa tebit nama KAMLOI,isu-isu freemason dan iluminati,serta perkongsian teknik oleh pokcik di tingkat 22.taaruf selesai setelah 2jam.lepas tu apa lagi,tido la.

 

Keesokan harinya,5hb kami semua bangun awal untuk bersiap-siap dan mengemas dewan untuk beredar awal.ini kerana suadari puteri dan keluarga telah berbesar hati mengajak semua ke rumah mereka untuk menjamu selera.mereka-mereka yang telah bersiap awal,menggunakan masa terluang untuk bertiruk-tirukan lagi sekali.dewa air,Tuan terutama Abe telah menunjukkan skill sangat luar biasa dengan melakukan terjunan bebas 10meter papan anjal.hanya 3 peserta sahaja yang tergolong di dalam legendary water trio iaitu Abe,Tuan PM kamiloi dan Mr. P altimet.hebat sungguh mereka.kids,please don’t try this at home.

 

Setelah selesai semuanya,kami mengucapkan selamat tinggal kepada hutan lipur sedim dan menuju ke rumah puteri.di sana,kami telah dijamu dan sedikit perkongsian ilmiah telah diberikan oleh ibu puteri,kak siti. Antaranya adalah ayat pengasih :

 

إذ قال يوسف لأبيه يا أبت إني رأيت أحد عشر كوكباً والشمس والقمر رأيتهم لي ساجدين

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara raaituhum liy sajidin”(Surah Yusuf Ayat 4) .

 

Alhamdulillah,semua peserta memeberi respon yang baik dan khusyuk mendengar.tak sia-sia join trip ni.memang cukup fizikal,mental,rohani dan jasmani.hahaha.Kamloi si library bergerak pun begitu taksub untuk menghafal ayat ini.tengok la,cukup minggu tukarlah nama facebook dia tu.hahaha.kemudian kami semua pun bergerak pulang dan tersangkut di dalam jam yang sangat maha dahsyat.bertolak lebih kurang 2.30 petang,pukul 12.30 malam baru sampai UIA.tapi biasalah,kami anggap ini dugaan orang beriman.

Macam biasa,on behalf of ARCIIUM ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya untuk ekspedisi CNY tahun ini.maaf juga atas segala kekurangan untuk trip kali ni.moto kami adalah “ WE LIVE TO DELIVER....SHUEEHHHHH”hahaha.jumpa lagi next trip.baru la terkamloi!meminjam kata-kata kak nani :

 

Bila Matdie join program
Bila Pokce memeriahkan program
Bila Tokya dianiaya
Bila Selatan bertemu Kelantan
Bila tukang masak kaki pedas
Bila tukang makan tak tahan pedas
Bila PM bagi angpow
Bila ARC'ian jumpa air
Bila ARC'ian datang makan-makan
Bila ARC'ian terkena...........memang wakenabeb ! hahahaha

 

 

Ya Allah limpahkanlah taufiq dan hidayah-Mu agar kami dapat mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang, sebagai hamba-Mu yang soleh, istiqamah dan beramal dengan segala ilmu yang dipelajari., serta dapat memimpin ummah ini ke arah kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.Aminnnnnn.

Gong Xi Fa Chai.Xin Qing Kuai Le.till then sayangku...lalalal~~

0 terjahan keras: