About Me

Saturday, February 26, 2011

Revolusi Benua Africa - Apa Pandangan Saya?

assalamualaikum.
hari ini 26 februari dan libya masih lagi bergolak.ini semua adalah kesan dari gelombang kebangkitan yang dicetuskan oleh negara-negara lain,dimulai dengan Tunisia dan diikuti pula oleh mesir.saya boleh simpulkan pergolakan ini dipacu oleh slogan "The Uprising of People's Power".

Presiden Zine El Abidine Ben Ali,selepas 23 tahun ( 1987-2011 )berkuasa telah digulingkan atas desakan rakyat yang dinamakan Jasmine Revolution.Hosni Mubarak pula,yang keras kepala tak mau melepaskan kuasa, akhirnya tunduk juga selepas 18 hari desakan rakyat di Tahrir Square.tamatnya pemerintahan 30 tahun ( 1981-2011 ) yang tak memberikan banyak faedah kepada rakyat mesir,melainkan kemiskinan tegar dan kemunduran ekonomi.

kini?libya.ya libya dibawah pimpinan Muammar Gaddafi yang berkuasa sejak rampasan kuasa 1969.lama?memang lama gila dan masa yang sangat-sangat cukup untuk mengaut kekayaan bukan saja untuk dia,tapi semua kaum kerabat.42 tahun weh bukan 4 tahun mahupun 4 bulan.negara lain semua ada presiden,perdana menteri,raja,sultan semua,Gaddafi rileks saja ada gelaran sendiri.Brotherly Leader and Guide of the First of September Revolution of the Great Socialist People's Libyan Arab Jamahirya.nama memang sangat grand.tengok Gaddafi pun dah tau.

okay back to tha main topic.revolusi ini sememangnya tepat pada waktunya.dengan kebangkitan suara rakyat ini,para pemimpin liga arab semakin berjaga-jaga dalam pemerintahan dan polisi pemerintahan mereka.cukuplah dengan pemerintahan yang tidak menguntungkan rakyat,tetapi menguntungkan kroni dan pemimpin-pemimpin tertinggi.kalau diamati betul-betul,kebanyakan pemimpin negara arab ini menjadi pemimpin lebih dari 15 tahun.ini adalah satu masa yang lama untuk menetapkan satu dasar pembaharuan,dan melaksanakannya.liga arab yang wujud sepatutnya sudah menjadi sangat kuat,menyaingi kesatuan eropah.tapi apa yang liga arab ini dapat lakukan di saat iraq,afghanistan semua diserang?apa yang dapat mereka katakan ketika palestin ditindas sewenang-wenangnya?

jawapannya sangat-sangatlah mudah.pemimpin-pemimpin ini yang dilantik kononnya sebagai suara rakyat di persada dunia,lebih berminat untuk mengumpul kekayaan yang dikaut atas penindasan dan kesusahan rakyat sendiri.mereka mana kisah tentang apa yang rakyat mereka makan.biskut rumput?haktuih.apa class?

atas dasar inilah kita dapat lihat kebangkitan anak-anak muda disana yang mahukan pembaharuan.ini adalah peranan anak muda.youth's power.youth's revolution.pemimpin ni dah lama sangat memerintah.sejak sebelum mereka lahir,sampai sekarang.senang cerita,sepanjang hidup mereka adalah dibawah pemerintahan pemimpin yang sama.

dengan kemajuan teknologi yang wujud kini,bukan susah untuk membandingkan kemajuan dan pencapaian negara sendiri dengan negara lain.desakan rakyat marhaen ini bukannya apa,cuma mahukan perubahan kerana sudah terlalu lama berada di takuk lama,tanpa sebarang kemajuan yang dicapai.perubahan dalam pucuk pimpinan yang penuh korupsi.menyelesaikan kemiskinan tegar.menyelesaikan pengangguran.tapi sebenarnya yang paling penting adalah,mereka membantah sekerasnya pemerintahan autokratik yang dijalankan oleh para pemimpin ini!


fuuh.selesai sudah mengarut di petang sabtu.
till then sayangku..lalalala~~

3 terjahan keras:

LynN LoLa~~ said...

otak2 sengal kau mampu mengutarakan entry bernas sebegini.thumbs up
ni laa yg org kate 'the domino's effect'

zuhaili.fathi.ahmad.sharibuu said...

hahahaa yeah.dominoes.kita tunggu dan lihat.mcm byasa.

zuhaili.fathi.ahmad.sharibuu said...

hahahaa yeah.dominoes.kita tunggu dan lihat.mcm byasa.