About Me

Sunday, February 27, 2011

Student’s Power + Youth’s Power = Revolution?

Salam ahad untuk semua.seperti yang kita semua tahu,dunia sedang hangat memperkatakan tentang revolusi kebangkitan negara-negara benua afrika.di peringkat nasional pula,kita sibuk dengan pilihanraya kecil beberapa bahagian dan tidak kurang juga pilihanraya kampus di seluruh institusi pengajian tinggi di Malaysia.ya ini adalah political landslide yang sedang berlangsung dengan hangat.apabila membincangkan tentang politik,saya tidak begitu taksub.bukan kerana tidak peduli dengan perkembangan politik semasa,cuma saya berasakan tidak semua isu harus dikaitan dengan politik.pandangan ini bersifat neutral,tiada hentaman untuk mana –mana pihak.

Politik?terma yang sudah lama sebati dengan manusia.politik boleh menjadi sesuatu yang memberi faedah kepada semua.a win-win situation.namun politik jugalah yang mampu menjadi tangan-tangan halus yang memecahkan kesatuan,mengubah dan memesongkan pandangan kita dari kebenaran.well i can say that all the deceitful,unprincipled corrupt things i’ve done in my entire life,nothing is as bad as politics.ya politik.dan semua politikus-politikus usang yang menggunakannya untuk mengaut keuntungan dan faedah kepada diri mereka sendiri.dan inilah yang telah lama dipraktikkan negara-negara benua afrika yang kini bergolak dan menunggu masa untuk tumbang satu persatu seperti domino yang tersusun rapi.politik kotor dalam pemerintahan autokratik.

Apa yang saya perasan,ramai anak muda kini semakin sedar dengan sistem politik yang digunakan di dalam negara masing-masing.politik bukan lagi satu platform untuk  mengutarakan pandangan dan suara kebangkitan,tetapi lebih kepada medan menegakkan benang yang basah.dalam politik,benda yang salah boleh dijadikan fakta dan atas kelancangan kata-kata,fakta yang salah ini boleh menjadi dasar yang membuatkan semua orang percaya dengan apa yang diperkatakan.lihat betapa hebatnya lidah yang diciptakan Allah,mampu menjadi senjata yang sangat efektif dalam seluruh peradaban dan tamadun manusia.inilah senjata yang mampu menitiskan darah ke bumi ini,tanpa perlu physical contact.tiada tikaman.tiada letupan.tapi mampu memusnahkan.

Dan lidah jugalah yang mampu menjadi catalyst kebangkitan.satu revolusi.yang dicetuskan oleh minda-minda pemikir muda.pemikir yang bakal mencorak halatuju generasi akan datang.the uprising youth’s power.a student’s revolution!

Kita tidak perlukan arahan atau dasar politikus-politikus ini untuk maju ke hadapan.kita punya pemikiran dan ideologi sendiri tentang apa yang kita perlukan.sistem pendidikan untuk semua.sistem ekonomi yang tidak bertunjangkan ekonomi kapitalis.kehidupan dengan basic  essentials.kami tidak minta semua kekayaan yang melimpah ruah.semua rakyat marhaen menerima kemudahan asas yang mencukupi sudah dikira cukup baik.ini tidak.yang kaya terus mengumpulkan kekayan melimpah ruah,manakala yang miskin ditindas dan semakin miskin.adakah ini satu kehidupan masyarakat yang optimum?

Kehidupan kita sebagai pelajar,selalu dibataskan dengan tugasan,kuliah,aktiviti berpersatuan dan peperiksaan.ditambah dengan sistem pendidikan di negara kita sendiri yang terlalu exam oriented,kita tidak punya masa untuk mengekspresikan apa yang kita mahu untuk kemajuan masa depan walhal kita punya hak untuk memintanya.segala idea-idea bernas yang dilontarkan untuk kebaikan mahasiswa,adakalanya tidak diendahkan walaupun kita mempunya saluran iaitu Majlis Perwakilan Pelajar.kerana apa?kerana adakalanya saluran ini dibataskan oleh dasar pentadbiran pusat pengajian. pelajar  tidak dibenarkan untuk campurtangan dalam urusan hal ehwal pentadbiran universiti.kata siapa?kata mereka-mereka yang berkepentingan di dalam pentadbiran?ini tidak adil bagi semua pelajar!kami punya hak dan kami tidak bodoh untuk menerima semua dasar yang ditetapkan.jangan dipolitikkan suara mahasiswa.ini jelas tindakan bodoh yang hanya merugikan semua.

Sila jangan membuat dasar yang membebankan kami sebagai pelajar.kami bukan bangang tak tahu bahawa disebalik perubahan dasar-dasar ini,ada mereka – mereka yang berkepentingan sedang gembira mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain.
Oh dan kemerepekan ini adalah umum untuk semua pentadbiran pusat pengajian tinggi di Malaysia.we want our voices back.we want our powers back.and yes we don’t need you to tell what to do.from now on,it will be a new revolution.an uprising.we are the next generation leader and we will shape our own future.

P/S : sekarang memang banyak program realiti TV yang target utamanya adalah remaja.it is a crap.menjadi selebriti dan ikon melalui platform hiburan?ini bukan calon yang sesuai untuk menjadi pemimpin masa depan. mereka hanya menjual fantasi dan angan-angan kosong kepada remaja-remaja ini.dan ini sangat merunsingkan.dan sudah pasti ini menguntungkan kapitalis-kapitalis,dan merugikan negara kita.anak muda harapan nusa dan bangsa,mahu menjadi penyanyi,pelakon?and this is suppose to prosper our nation?says who?

Ah and this is my personal favourite.Akademi Fantasia.dah masuk season berapa dah?dan ini adalah realiti TV yang paling bangang dan overrated.maaf kepada semua kipas-susah-mati AF.tapi memang betul.suara tak sedap mana,menari tak style dan berlakon keras macam kayu...asal ada rupa sikit dah boleh dah.hadiah jangan kira la weh.melimpah ruah sponsorship macam mencurah-curah ke lading gandum.mak oih.senangnya nak jadi artis sekarang.macam ni nak cuba jugak lah.untung-untung dapat masuk TV.ini bodoh.fullstop.baiklah duit tu pergi sponsor rumah anak yatim ke,budak-budak tahfiz ke.ada la keberkatan jugak.ni kalau hadiah dapat kat sang juara AF,everytime dia nyanyi korang dapat pahala ka?i don’t think so.

Maaf jika artikel ini nampak lame dan bosan.ini hanya satu pandangan.mungkin anda mempunyai pandangan berbeda tentang isu ini.dan mungkin anda punya ilmu yang lebih untuk dikongsi.maaf atas segala kejahilan saya.semua orang mempunyai tendency untuk melakukan kesilapan,ye dop?

Till then sayangku...lalalala~~~

0 terjahan keras: