About Me

Monday, March 21, 2011

Hikayat Merong dan Peperangan

salam.ah susah nak tidur.jadi gua ambil inisiatif untuk berkarya picisan moden ini malam.
sekarang semua sedang sibuk dengan karya terbaru KRU iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.well,macam biasa bila cerita-cerita sebegini konfom ada adegan perang dan lawan-lawan,sedikit skill silat dengan skill kunci membunuh,pemanah menunggu arahan untuk melepaskan panah dan sudah tentu,hero bunuh paling banyak musuh dan tampak stylo.

pujian harus  boleh la diberikan kepada KRU kerana sekali lagi berusaha menampilkan kelainan dengan menerbitkan kisah epik Langkasuka ini seterusnya permulaan sejarah bagi Kataha atau dikenali dalam bahasa mudah sebagai Kedah Tua.oh jika anda mahu cerita epik pasal Langkasuka,negara jiran thailand juga ada dengan judul "Queen of Langkasuka".menarik juga untuk ditonton bagi mereka yang gemarkan sejarah.

apa yang kurang menarik di dalam filem ini adalah adegan peperangan di mana banyak pelakon tambahan nampak kaku dan berlawan sambil lewa.tak stylo sungguh.namun pujian harus boleh la juga diberikan kerana adegan perang memang nampak macam perang sebab ramai pelakon tambahan menjayakannya dan membawakan adegan mati bergelimpangan yang begitu sinonim dengan cerita perang.tapi memang pelakon semua jenis tangkap muat.berlakon takda soul.bukan macam adegan perang Puteri Gunung Ledang,dimana peperangan ditonjolkan dengan serangan 30 askar berkuda.haktuihhhh!tapi gua sedih la dengan props.makaih.pedang yang tentera-tentera ni pakai nampak sangat mainan weh.tak real langsung.shape pedang dah ada,tapi tiada sisi tajam.macam besi sekeping tu.kemon la.jangan malas sangat.

sinematografi boleh la tahan.nampak la hebat sket kalau nak banding dengan sembilu kasih.sesuai la dengan kos pembikinan.tapi kalau ada bajet lagi gempak,sure boleh buat adegan macam Lord of The Ring.tapi jangan malas la.fergh.itu memang classic la.salute sama Peter Jackson.

okay malas cakap banyak,gua rate kan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai filem boleh tonton.support industri sikit weh!post ini nak cerita pasal cerita-cerita perang yang gua sarankan lu orang tengok.memang hebat.ayat-ayat yang dituturkan memang naik semangat kita yang tengok.bukan macam kata-kata semangat Hughes Rahman tu.gila lame dan sangat dull.tak ada feel langsung.ptuihkh!

senarai filem mesti tonton dan tak luak tengok banyak kali :

( kalau perang lama-lama )


1 - Braveheart ( 1995 )


2 - Bang Rajan ( 2000 )


3 - LoTR ( 2001,2002,2003 )


4 - Three Kingdoms ( 2008 )


5 - Kingdom of Heaven ( 2005 )


6 - 300 ( 2007 )
fergh yang ni tapayah introduce.memang satu fenomena siot!
dan banyak lagi yang menarik.nak letak semua tak muat.haha.antara banyak-banyak gua letak Braveheart dan 300 sebagai legends.bloodshed memang real.


( perang era baru pakai senapang )



1 - Behind Enemy Lines 1 ( 2002 )


2 - Band of Brothers ( 2001 )


3 - Saving Private Ryan ( 1998 )


4 - Lion of the Desert ( 1981 )







tapi antara banyak-banyak cerita perang,ini yang paling kentel :



s.e.r.i.u.s  gua  tak bohong.
bukan runcit-runcitan.


till then sayangku..lalalala~~~

3 terjahan keras:

top_ace7 said...

Hahahaha. Sempat lagi menghanj Dr.Rojmey. Tapi gua tak berkenan sangat dengan filem Merong ni. Gua vote, 300, Kingdom of Heaven dan Three Kingdoms. Based on true stories. Kalau nak buat filem sejarah, kena kaji dan research betul2.

Anonymous said...

Mesti tonton ini! Taekgukgi,
infiniti kali ganda best daripada cite korea picisan yang tak habes2 cinta tiga segi, gadis bajet kiut, hero muka jambu dan lain-lain yang tipikal.
Tapi cite ni,
brotherhood+patriotism yang masyuk! -Nadiah

zuhaili.fathi.ahmad.sharibuu said...

acid : hahaha tu ah.buat cerita kaji lebih la sikit.sejarah ni sejarah.bukan sembilu kasih weh.

nadiah : oh haah taegukgi!mantap jugak cerita tu.hahaha.tapi tak termasuk list.penuh sangat =P