- mengandungkan saya,dan sabar menelusuri detik-detik sebelum menjadi ibu.
- makan makanan yang berkhasiat ketika mengandung.dan hasilnya anda mendapat zuriat sulung yang sihat walafiat fizikal dan mental.
- kasi nama yang stailo dan sedap.
- menyusukan.susu ibu adalah terbaik.
- suap bubur.tak ingat la rasa apa.ikan bilis eh?ke carrot?haha
- tukar lampin.lap buntut pakai tisu basah.cuci lampin dengan dettol.
- ajar tatih.tiarap.jalan.
- ajar ABC.kira 123.kira duit raya.ahaha
- kasi adik baru.oh i mean adik-adik baru.i heart fawwaz,fadwa and farhah.mana best jadi anak tunggal.tapi best jadi abang sulung.kuasa veto.
- teman tido malam,peluk,letak kain basah kat dahi waktu demam.kejut makan ubat.sumbat pil punggung time demam panas.lap hingus.nostalgik.
- beli kasut sekolah,beg sekolah.pensel 2B.pemadam bendera italy,germany dan malaysia.pembaris plastik kaler merah.pensel box.tulis nama penuh yang panjang kat buku teks dan buku tulis.colour pencil LUNA.cek homework.cek jadual.susunkan beg ikut jadual.balutkan hadiah hari guru.cuci stokin.cuci kasut.kapur kasut.jemur kasut.kasi duit belanja.gosok baju.
- teman amek result pekse.senyum tak perlu kata apa.belanja kalau result bagus.dengar kalau saya bebel pasal homework.marah kalau tengok TV je.ajar baca Quran.ajar tajwid dan bacaan betul.kejut solat subuh.kejut bangun pegi sekolah.buatkan sarapan.sapukan mentega,buatkan milo.teman jalan kaki pegi tuisyen Allayarham Cikgu Wahid.
- ajak lepak minum teh tarik malam-malam.ajak teman shopping baju raya.belikan boxer dengan size tepat.belikan kemeja.belikan seluar slack.belikan "stock" untuk asrama.belikan handphone pertama.topupkan kredit.
- masak maggi telur kembang makan ramai-ramai sambil tengok audition american idol.
- masak masakan yang sedap-sedap.ajak and ajar masak.
- pagi-pagi hantar ke LRT Wangsa Maju.
- teman belikan spek.belikan contact lense.
- teman borak-borak kat dapur.
- tolong buatkan teh tarik malam-malam.cicah biskut.
- tolong bayarkan saman kat bank muamalat.
- tolong buatkan akaun bank.
dan macam-macam benda yang memang sekarang,with your help i can do it myself.thanks a lot,ummi!
happy 45th birthday to Mrs. Siti Junaidah bt. Muhamad.
la dah 45 dah ke?ingat baru masuk 30-an (sila upkan duit belanja saya..hahaha)
till then sayangku..lalalal~~~
0 terjahan keras:
Post a Comment