Tarikh keramat : 23/4/2011 – 29/4/2011
P.Manager : Arif Bieber Sukarno
Lokasi : Mount Tahan,Merapoh ke Kuala Tahan
Tema : Memperingati Orang Berkerjaya dan Kawan-kawan sembang Kemas.Never say Never!
Ayat paling kamloi : “tits pakcik senget sebelah”by Pokce Pck.
Trekker taigang : Bakaruddin aka din dan hazwan aka wan
Line up never say never :
1- arif sukarno
2-nadea sukarno
3- altimet futty zagorakis aka mr.P
4- pokce
5-hanani farouq
6- kidin
7- hafiz
8- fahmi
9-rozaidi
10- syamil
11- yazid UM
12- shahrul
13- izzah zahin
2-nadea sukarno
3- altimet futty zagorakis aka mr.P
4- pokce
5-hanani farouq
6- kidin
7- hafiz
8- fahmi
9-rozaidi
10- syamil
11- yazid UM
12- shahrul
13- izzah zahin

*****************************************************************
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah Alhamdulillah dan sekali lagi Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana trip terbaru arciium telah selamat berakhir tempoh hari.semua peserta dilaporkan selamat tiba ke tangga firaun ramses dan terpancar wajah2 keriangan jelas terpancar di muka mereka-meraka ini.
Alkisah permulaan trip tahan kali ini memang menarik.dari 36 peserta yang bakal menyahut cabaran,telah menurun menjadi 24 seat apabila budak2 TATIUC kena BTN.dari jumlah ini,yang mengesahkan kehadiran merudum ke 16 orang dan akhirnya,line-up “never say never” kali ini hanyalah 13 orang.3 gadis pingitan dan 10 jejaka maskulin tegar.
yang lain?sembang kemaih.yang paling kemaih sudah pasti Kamilan aka Abg Smart Sembang.haktuih!
22 April 2011 (malam) – macam biasa semua peserta berkumpul.kelihatan juga brado2 LP seperti tuan yahya,tuan abe dan ramai lagi.tidak ketinggalan Tuan Penasihat Sepanjang Zaman yang bakal digulingkan kelak,Dr. Zaid.barang-barang yang sudah dibeli sehari awal terpaksa diasingkan dan dibahagikan semula mengikut keguaan.ye ah dah ramai sangat tarik diri.kak nani diminta untuk revise balik lauk apa yang nak dimasak,untuk mengurangkan barang-barang yang perlu dibawa.setelah selesai semuanya,semua beg dan barang keperluan diangkut masuk ke dalam bas 44 seater.nampak dah tu sorang dapat satu baris.tapayah buat tamak pun dah selesa.so kami tak gunakan style “tamak untung” Tuan Terutama Yahya.setelah semua selesa mengambil tempat dan melambai-lambai ke orang tersayang,bas pun mula menbelah kepekatan malam.doa naik kenderaan pun mula dibacakan oleh Mr.P dan diaminkan oleh puak-puak beriman ini.alhamdulillah.moga berkat perjalanan.next stop? Taman Negara,Sg.Relau.
22 April 2011 (malam) – macam biasa semua peserta berkumpul.kelihatan juga brado2 LP seperti tuan yahya,tuan abe dan ramai lagi.tidak ketinggalan Tuan Penasihat Sepanjang Zaman yang bakal digulingkan kelak,Dr. Zaid.barang-barang yang sudah dibeli sehari awal terpaksa diasingkan dan dibahagikan semula mengikut keguaan.ye ah dah ramai sangat tarik diri.kak nani diminta untuk revise balik lauk apa yang nak dimasak,untuk mengurangkan barang-barang yang perlu dibawa.setelah selesai semuanya,semua beg dan barang keperluan diangkut masuk ke dalam bas 44 seater.nampak dah tu sorang dapat satu baris.tapayah buat tamak pun dah selesa.so kami tak gunakan style “tamak untung” Tuan Terutama Yahya.setelah semua selesa mengambil tempat dan melambai-lambai ke orang tersayang,bas pun mula menbelah kepekatan malam.doa naik kenderaan pun mula dibacakan oleh Mr.P dan diaminkan oleh puak-puak beriman ini.alhamdulillah.moga berkat perjalanan.next stop? Taman Negara,Sg.Relau.
23 April 2011 (5.00 a.m ) – syukur kehadrat ilahi,kami selamat tiba ke taman Negara.sepanjang perjalanan ke sini,hujan membasahi bumi Pahang.dah Nampak dah tu tanda-tanda nak jadi lawak.tapi takpa,kita baik sangka.tak hujan punyalah.nampak kering je taman negara ni.haha.semua barang-barang diturunkan keluar dari bas.ground dibentangkan dan masing-masing baring pejam mata rileks-rileks sementara menunggu waktu subuh.
Setelah azan subuh berkumandang,semua peserta lelaki yang kuat iman di hatinya bergegas ke surau untuk mengejar 27 kali ganda pahala.alhamdulillah.ada petanda keberkatan untuk trip ini.hehe.setelah selesai menunaikan kewajipan terhadap tuhan semesta alam,persediaan dimulakan untuk mengharungi cabaran pendakian pada hari ini.breakfast disediakan dan pack lunch juga disiapkan.lauk pack lunch adalah santai,nasi goreng + ayam goreng + cndawan goreng + air sungai perisa tongkat ali.lebih kurang pukul 8.30,pegawai bertugas datang untuk check barang-barang yang dideclare untuk bawa masuk ke dalam taman negara seperti gas,tin-tin,plastic,pakaian dan lain-lain.setelah setel semuanya,serta bayaran untuk permit,camera dan trekker,kami telah dikenalkan dengan 2 guide yang akan membantu sepanjang ekspedisi kali ini.kami semua diminta untuk membawa barang ke pusat interaktif taman Negara untuk briefing dan guided tour oleh din dan wan.
Lebih kurang pukul 11.00,setelah setel semuanya,kami bertolak dengan hilux ke kuala juram,13km dari pusat interaktif.perjalanan menaiki hilux adalah menjimatkan masa.hanya setengah jam berbanding 5jam berjalan kaki.
Setelah tiba ke kuala juram,dan sedikit senaman regangan oleh pakar fisioterapi import UM iaitu yazid,kami pun memulakan rentis kuala tahan pada jam 1145 pagi ke campsite pertama iaitu Kem Kor.jaraknya adalah 13.5km dan perjalanan dijangka mengambil masa 4 ke 5 jam.mengikut kata din,pada waktu itu taman negara sedang mengalami musim kering.kira kemungkinan hujan sangat tipis.pergh.memang harapan la.dalam perjalanan dari kuala luis ke kem kor,hujan rahmat pun turun.hahaha.mendapat.
Kumpulan pertama tiba ke kem kor seawal 4.30 ptg manakala yang terakhir pada pukul 630.takpa,asal sebelum malam kira okaylah ( ayat pengharapan,tanpa mengetahui cabaran getir di hadapan).aktiviti malam adalah santai diisi dengan acara menghabiskan beras berlaukkan ayam halia dan sup sayur yg diketuai chef utama kak nani. setelah makan dan borak sikit2,kebanyakan peserta tido awal,seawal 9.30 malam dengan keadaan kering dan selesa sebagai persedian untuk menempuh pendakian yang lebih lama esok.malam malam pukul 1 pagi hujan lebat mula turun.makaih,memang dugaan ni.bukan trip kering dah ni.naya!
24 April 2011 (9.00 a.m) – setelah selesai berkemas dan sedikit
sarapan berupa cucur ikan bilis,roti dan teh o panas,semua peserta menyambung pendakian dengan beg yang lebih berat sedikit dari semalam kerana fly,ground,khemah semua masih berkeadaan basah dan lembap akibat hujan lebat semalam.menu lunch adalah nasi goreng daging + telur rebus masak pedas + air lopak mana-mana yang sempat tadah.haha
Perjalanan hari ini boleh dikatakan panjang dan lama.trek juga dijangka becak dan licin kerana hujan lebat semalaman.perjalanan adalah lebih kurang 16km ataupun 8 jam perjalanan.itu hanya jangkaan.belum tiba the best part yang akan menjelma bagi puak-puak sweeper.hahahah.
Dari kem kor,perjalanan akan melalui kem permatang,kem kubang,kem berlumut dan kem bonsai sebelum tiba ke kem botak.cadangan awalnya,jika sempat dan masih awal tiba ke botak,mahu diteruskan ke puncak dan bermalam di sana.

Tetapi macam biasa,manusia merancang tuhan jualah yang menentukan.puak-puak runner pantas tiba ke botak seawal jam 6 petang dengan keadaan trek yang sangat becak berselut dan licin.mereka jauh meninggalkan puak-puak sweeper yang penyabar yang hanya tiba ke botak 6 jam kemudian.memang sangat sabar sungguh mereka-mereka itu.agak-agak siapalah sweeper2 tu ye dop?
Aktiviti malam itu hanya diisi dengan tido.semua penat dan sejuk menggigit tulang.mereka yang tiba lewat,menjamah sesuap nasi yang telah disediakan oleh mereka-mereka yang tiba awal.wow sedap jugak ayam masak merah ni!tapi sangat layan apabila sejuk malam ditemani lantern dan teh 0 panas.mana nak dapat kat KL woi!setelah selesai semuanya…semua pun tidur tak nyenyak mana.gigil sejuk gila woi!
25 April 2011 – selamat pagi Tuan terutama Yahya Yusof!!!!pagi ini semua peserta bangun agak awal untuk mengeringkan apa-apa yang patut.perjalanan hari ini dimulakan agak lambat sedikit memandangkan trek yang bakal dilalui agak mudah berbanding hari sebelumnya.ini kerana setelah tiba ke puncak,perjalanan ke gedung lebih kepada menurun dan merentas banjaran.sarapan pada pagi ini adalah spaghetti yg dimasak oleh chef nadea sukarno.simpan rasa kagum anda kerana beliau bakal menunjukkan kemahiran di hari-hari mendatang.tak sia-sia mak beliau kasi naik gunung.ada la jugak peningkatan dari asyik layan korea saja.
Lebih kurang pukul 11 pagi,semua peserta sudah siap berkemas dan bersedia untuk menawan puncak tahan.perjalanan ke puncak memakan masa lebih kurang setengah jam ke 1 jam mengikut prestasi tenaga kuda anda.hahaha.
Lebih kurang 11.50 pagi,semua peserta selamat tiba ke puncak.masing-masing sibuk menukar pakaian orang berkerjaya dan bergambar sakan ala-ala photoshot artis tanahair.semua peserta mengikut tema apabila mengenakan baju kemeja lengkap bertali leher untuk bergambar mesra.kemudian,semua peserta menukar memakai baju rasmi trip yang berunsurkan minat fanatic justin bieber.bajuu purple menandakan kami semua adalah belieber!!!!

Pukul 12.30,semua mula normal dan tak gila gambar.next campsite adalah kem gedung.walaupun sudah menurun,kem gedung tetap berada 2000meter atas paras laut.nampak dah tu nak sejuk.semua memulakan penurunan dengan hati yang riang melayan view yang sangat-sangat mengagumkan.subhanallah!penat yang dirasakan boleh hilang melihat view yang sungguh lawa.tak bohong wa cakap lu.berani kerat jari la weh orang kata.
Okay nak mudah cerita,semua peserta selamat tiba di gedung pada pukul 7 petang.suasana nyaman dan damai.well biasalah,on the way nak ke gedung tadi pun hujan.memang senang cerita,trip yang diharapkan kering,rupanya selalu basah.hahahaha memang dugaan ilahi.

Santapan malam adalah nasi + ayam masak kicap+ubi kentang goreng ikan bilis. seusai makan,semua barang masak dikemaskan dan disimpan di dalam khemah gadis bagi mengelakkan ia dicuri oleh tikus gunung yang gemuk dan licik.satu plastic biskut berjaya dinodai oleh tikus keji tersebut ketika semua sedang sibuk memasak di dapur.lepas tu semua buat keras,layan tido.agak selesa sedikit kerana kering walaupun tetap sejuk.alhamdulillah tiada hujan rahmat.
alamak...malas style.yuk sambung ke part 2 pula nanti!
nantikan sambungan penceritaan hebat........zassss~~








0 terjahan keras:
Post a Comment