About Me

Saturday, May 14, 2011

Apa Khabar Panglima Kakap Husin? ( Part 2 )






26 April 2011 – Alhamdulillah syukur kepada rabbul ‘alamin yang telah menciptakan malam sebagai selimut dan untuk berehat secukupnya.seawal 6 pagi,Alhamdulillah semua peserta cargas bangun menunaikan kewajiban terhadap tuhan sekelian alam,menyediakan sarapan kek batik biskut hupseng toping milo tabur dan pack lunch nasi goreng yazid,berkemas dan membersihkan tapak bermastautin.
Pendakian hari ini akan dimulakan seawal mungkin menuju ke teku kerana trek laluan adalah panjang dan terpaksa melalui cabaran pendakian yang mencabar peluh jantan melalui gunung reskit,gunung tangga 15,gunung pangkin,wray’s camp sebelum tiba ke kuala teku.perjalanan dijangkakan sepanjang 14km.walaupun menurun,target masa perjalanan tetap 8 jam kerana sepanjang menurun,terdapat beberapa kawasan yang melalui permatang sempit dimana kiri dan kanannya adalah cerun curam.tapi sapa-sapa yang rasa hero dan berfikiran “i believe i can fly” mereka boleh mencuba untuk terjun dan dengan harapan,kita bakal bertemu di jannah!
Kumpulan pertama bergerak seawal 8.30 pagi,diikuti dengan yang terakhir pada 9.15pai.biasalah gerak lambat.time orang dah gerak baru nak cari port,nak kencing lah,nak beraklah,nak isi botol airlah.view permulaan boleh dikatakan sedikit menarik,sebelum menempuh trek hutan bonsai dan lumut.ada satu part,view tak ubah macam menuruni g.tok nenek,dengan kanan kiri adalah dinding batu yang curam dan harus menggunakan tangga untuk menuruninya.menurut saudara shahrul yang kali terakhir menaiki tahan adalah 20 tahun lepas melalui kuala tahan,dulu-dulu mereka terpaksa berpaut pada akar yang terjulur di lereng untuk naik ke atas.wow,namp
ak tu kerja keras.memang taigang.














Perjalanan diteruskan melalui gunung reskit sebelum menempuh gunung tangga 15.pendakian menjadi sedikit mudah kerana adanya tersedia tangga-tangga besi yang diikat kemas.semua peserta memanjat dengan penuh etika dan berhati-hati sambil cuba untuk menahan angin,takut terkentut kena muka rakan dibawah.choi sungguh.menurut pokce,tangga2 ni ada kisah mistik.naik kiraan dia lain,turun pun kiraan dia lain.takkan sama kecuali kiraan oleh orang beriman.alhamdulillah,nampaknya hanya VP dgn Mr.P je kira cukup.haritu tu pun hanya mereka berdua je yang nampak puncak sebenar gunung tahan.maksudnya?lu fikirlah sendiri.haha.










Kami semua berhenti rehat utk solat dan lunch di kem pangkin bawah.lebih kurang pukul 2,semua meneruskan perjalanan menurun lagi dan lagi.perjalanan bolehh dikira santai melalui permatang2 bukit.keadaan yang kering juga melancarkan perjalanan.group pertama tiba seawal 5 petang dan terakhir pada jam 8.30 malam.sapa yang last?abang syamil hebat kita.beliau sudah hilang cool dan macho.dengar cerita jadi garang?betul ke?hahaha.
Keadaan di teku sungguh selesa.kering.bersebelahan sungai.santapan malam adalah nasi+sambal ikan bilis+telur dadar+kicap pokce+ulam timun.selepas itu macam biasa,sembang kemaih dan tido.perjalanan esok insyaallah tidak begitu lama.jadi boleh gerak lambat sikit.next pit stop?kem puteh.

27 April 2011 – Alhamdulillah kata din hari ini punya perjalanan singkat sahaja. Kem seterusnya juga berada di tepi sungai iaitu Kem Puteh. Hari ini masing-masing bangun lewat, tapi mcm biasa subuh tak tinggal.kata team beriman.pagi ni sarapan bihun goreng +teh’o. dah selesai sarapan,mandi basah2 sikit,semua pakat kemas. gerak dari kem pun lewat iaitu pada jam 11.30pm. “Hari ini banyak lintas sungai.. kita main air,kasi basah!nasib baik boleh tengok tapah besar manusia!”nampak dah tu mulut celupar.after bidding farewell to the bees,we were faced by the momentous task of crossing 7 rivers. Crossing rivers are never physically draining, it’s more mentally. You’ve got to be stable, avoid your bags being wet and at the same time, find your footing in the river.weow.speaking London! Hahahaha.










Perjalanan adalah singkat sepanjang 9km melandai dan mengambil masa antara 2 hingga 5 jam.kidin kata 2jam.pokce kata 4 jam.geng sweeper layankan,dapatlah 5 jam.hahaha.semua selamat sampai ke kem puteh pada pukul 4.30 petang. jarak kami pada hari ini tidak jauh berbanding hari-hari sebelumnya. Kem Puteh terletak di atas tebing Sungai Tahan dan disebelah sisi-nya mengalir jernih Sungai Puteh. Sampai2 je,kak nanie bertungas masak makanan untuk lunch.hari ni mmg tak sediakan pack lunch sebab nak masak kat campsite.
Bermandi manda di kem ini merupakan satu nikmat. kedalaman air tidak diketahui kerana ia berwarna hitam.din kata itu lubuk kelah.kidin pulak tambah lauk cerita pasal tapah besar manusia.arep mulut longkang cerita pasal mana tau tengah berenang tapah sambar buntut.hahaha parauk sungguh… dan ada kawasan tertentu yang agak dalam dan agak bahaya untuk orang yang tak mahir berenang, takut nanti hanyut ke lubuk kelahhh….tu pun kalau kelah besar lengan.kalau besar nadea sukarno?









Kenangan yang menarik disini tentulah terjun ke dalam air sambil hayun akar kayu macam tarzan.trimas la kat din yang susah payah takik akar kayu agar kami semua dapat jadi dewa air.kali ni arep masuk ranking.jeritan nadea “areh…nanti yah bitau mak!!!!!” pun dah menjadi sia-sia.
Hari ni memang semua enjoy.syamil pun sanggup mandi semula walaupun dah tukar baju.gairah nak tarzan.pukul 715 semua dah naik kat campsite.lepas tu para gadis sibuk memasak untuk dinner.malam ni layan bubur kacang hijau panas sambil taaruf formal sikit.lepas tu nak kena tido awal.oleh kerana nak jadi taigang dan nak buat 6 hari instead of 7 atau 8,esok dari kem puteh akan shoot terus keluar ke kuala tahan.amek kau layan trek 24km.din kata possible dengan syarat esok kena gerak awal start dari pagi sebab tak semua pace laju.ada juga kes-kes terpencil yang hanya geng sweeper je kena tempuh.haha.so pokce selaku kapla menyarankan semua agar gerak seawal 7 pagi.jadi pukul 5 pagi dah kena bangun.so jom tido!

….bersambung lagi…… :twisted:

0 terjahan keras: