About Me

Tuesday, May 17, 2011

Apa Khabar Panglima Kakap Husin? ( Part 3 - Season Finale )














28 April 2011 – haiyya ‘alas solah,haiyya ‘alal falah,haiyya haiyya nazhabu ila kuala tahan.selesai packing,solat subuh sarapan nasi goreng ikan masin+baked been dan bungkus pack lunch menu yang sama semua,group pertama memulakan langkahan hari terakhir dengan langkah kanan seawal 7.15 pagi.destinasi agung adalah kuala tahan woi.ada tamadun woi.ada mountain dew woi.ada twister oren woi.ada patin masak tempoyak woi!!!!!

Perjalanan hari ini akan melalui gunung rajah,bukit tengkorak,bukit malang,kem tengah,kem melantai,junction 7.5,lubok simpon dan barulah sampai kat pejabat penguasa tu.semua melangkah penuh semangat nak sampai awal.boleh lepak2 lama sikit.buang pacat kasi kat kelah ke.guling-guling kat katil ke.memang baring nak selesa saja.

Trek nak mencanak pun kat gunung rajah dang geng-geng bukit dia macam malang,tengkorak semua tu.dah setel semua tu,perjalanan diteruskan.. trek turun, turun dan turun sehingga ke Kem Tengah (379m). Semua nak turun laju je macam bugatti veyron sebab trek besar macam highway..apalagi lari lah geng-geng nadea sukarno ni.mana nak tunggu abang-abang katang kat belakang dah.ada abang yazid sebagai peneman.











Perjalanan diteruskan, destinasi terakhir iaitu Kem Melantai. Kem Melantai luas dan dapat menampung bilangan pendaki yang ramai dalam satu-satu masa. Sumber air sungai yang mengalir jernih dan kemudahan tandas yang “rosak”? Pukul berapa kami gerak dari Kem Tengah tu tak berapa pasti. Penamatnya adalah menuruni cerun menggunakan tali dan lintas anak sungai. Yang pasti last team tiba lebih kurang pukul 3.30petang .kena pulak sampai-sampai je,hujan mula turun.dari sini kami perlu menempuh last bukit yang menaik,lepas tu memang menurun all the way ke junction. Diingatkan agar bawa air trekking dari Melantai kerana sumber air di sepanjang perjalanan agak kotor sedikit. Al-maklumlah banyak “babik jokut” berkubang di tepian air.
Kami geng sweeper bergerak last push untuk keluar diiringi oleh din. nak harung lagi 12km dengan tabah.sepanjang perjalanan hujan masih turun renyai-renyai.syok la jugak.xdelah panas sangat trekking.Cuma perlu handle with care la pasal trek ada yang licin.apabila jam mula menunjukkan pukul 6.30,din mula hambat kasi laju sikit.push sikit sebab dia kata area melantai ni tak best.memang pun sebab all the way,Nampak bekas-bekas tapak kaki gajah yang sangat fresh dan kesan-kesan macam dorang baru je lalu.kira memang kami ikut trek dorang sampai lah ada satu simpang,trek gajah tu masuk terus ke dalam hutan yang lebih tebal dan kami berpisah di situ. Di sepanjang perjalanan terdapat banyak simpang-simpang.din kata tu denai binatang macam rimau,babik jokut,gajah dan macam-macam lagi.

Pukul 7.30 kami geng sweeper tiba di junction7.5. dari signboard tu tulis,kuala tahan 7.5km lagi.kami berhenti seketika untuk member laluan azan maghrib.7.45 sambung trekking balik nak kena push jugak.geng-geng depan konfom dah sampai ni.katanya mereka tiba seawal 6 petang. hari mulai gelap so perlu berhati-hati sedikit dan tidak tertinggal jauh dengan orang lain.jalan dah makin lebar dan boleh bergerak dengan lebih selesa dan pantas. Papan tanda jarak turut disediakan, cuma agak tekanan dan terkilan dengan tiga perkara iaitu – PAPAN TANDA! PAPAN TANDA dan PAPAN TANDA! dayyum gua benci akan pemberitahuan jarak tersebut. Itu semua tipu! tipu! dan tipu! Jauh gila rasanya.manalah kak nani tak hangin,ye dop?















Beberapa jambatan perlu dilintasi, din kata”kalau nampak jambatan besi dah nak dekatlah tu..”. punyalah banyak jambatan batu, kelibat jambatan besi tak juga kelihatan. Jalan punya jalan akhirnya ketemu juga jambatan besi. team terakhir tiba ke pejabat penguasa pukul 10.30malam.konfem-konfem ofis dah tutup,so memang kena declare semua barang keesokan hari.pukul 11 kami lepak layan makan minum semua kat pulau tengah sungai tu.restoran(xingt).selesai melantak semua,kami menuju ke hostel untuk tujuan penyucian diri dan istirehat di dakilihouse.sewa not bad agak mudah.selesa la jugak nak buat tido.dapat pulak jiran,tourist dari Singapore yang peramah.memang banyak gila tanya pasal tahan,equipment semua.by 2 pagi semua dah tidur kecuali syamil yang melayan nyonya peramah tu.kau borak sampai pukul berapa hah?

29 April 2011 – semua bangun dengan selesa.no more trekking dude!lepas subuh sambung tidur balik.pukul 10.30 dengan tak mandi apanya,semua ramai-ramai pegi dekat simpang sekolah tu nak carik makan.nasi lemak ayam murah dan sedap gilos.lepas borak-borak santai sambil kutuk Tuan Terutama Yahya.best betul gelak dekat orang dah kerja opis ni.hahaha.makcik dakilihouse kata kena checkout pukul 12.so dalam 11.30 semua balik kemas-kemas barang,kumpulkan semua sampah yang nak declare buat mudah kerja.mana tau ada tak cukup,sempat lagi nak cari sampah buat amal bersihkan alam sekitar.yazid dah kontek member dia.nak lunch patin fresh masak tempoyak dengan masak cili api.dia kawtim dapat la sekepala rm10.mana nak dapat woi?tu harga patin sangkar.patin fresh mau kena rm50 seketul.hahahah dah rezeki.murah rezeki makcik tu masak untuk kami.pukul 12.45 semua dah ada depan pejabat penguasa nak declare barang.since hari tu hari jumaat dan penguasa-penguasa beriman ni nak seberang pergi masjid solat jumaat,dia cek ala-ala kadar saja.alhamdulillah.kalau cek betul-betul pun tak jadi masalah.semua sampah and barang yang dideclare lengkap!











Selesai semuanya,kami pun pergi ke restoran member yazid lunch.lepas tu lepak-lepak tuunggu bas.patutnya pukul 230 dah sampai,tapi sebab bas rosak maka pukul 4 baru bas sampai.kami pun bertolak pulang dengan gembira sampai melambai-lambai mesra kea rah taman Negara.memang pengalaman yang menarik dan syok.rugi woi sapa tak ikut trip ni.pukul 8.30 malam waktu tempatan,semua peserta selamat tiba di tangga ramses.masing-masing mengucapkan selamat tinggal dan jumpa lagi next trip!



*all pictures are credited to kak nani, pokce, yazid n mafiz afiz..thanks!! ;-)

0 terjahan keras: